Contoh Karangan Faedah Program Kitar Semula

Posted on by
Tong Sampah Kitar SemulaContoh Karangan Berita

Selain itu,faedah kitar semula adalah dapat menjamin kebersihan yang berkekalan. Hal ini bermaksud sampah sarap dibuang mengikut pengelasan sampah sama di dalam tong coklat, tong oren,dan tong biru.Bahan buangan seperti kertas,tin,botol kaca,dan logam diambil oleh pengusaha pusat kitar semula atau pencari bahan kitar semula,secara tidak langsung dapat menjamin kebersihan di kawasan berkenaan.Sementara itu, sampah sarap tidak dibuang sewenang-wenangnya kerana melalui kitar semula sampah ‘menjadi’ wang dan berpeluang memperoleh pendapatan sampingan.Tuntasnya, kitar semula seumpama serampang dua mata,kawasan persekitaran bersih,pendapatan isi rumah pula bertambah. Faedah kitar semula yang berikutnya ialah mengelakkan kepupusan sumber.Dalam konteks ini,kitar semula kertas misalnya membolehkan negara menjimatkan 78,000 batang pokok sehari.Mengitar semula sebotol kaca pula menjimatkan sumber elektrik selama empat jam,dan kitar semula pelbagai jenis botol kaca menjimatkan proses pengeluaran pasir silika iaitu aktiviti perlombangan dapat dikurangkan. Sumber air bersih juga dapat diselamatkan kerana aktiviti kitar semula mengurangkan pembuangan sampah sarap ke dalam sungai atau sumber air. Tegasnya sumber amat terhad dan kehendak manusia tidak terbatas dapat diseimbangkan dengan amalan kitar semula. Sebelum menyentuh konklusi fokus perbincangan kita tertumpu kepada kitar semula mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Melalui program kitar semula. 7/21/2015 Contoh Karangan PMR: Kebaikan Kitar Semula Sponsor By Nurul Natasha Roselan 8 February. Imapi 2.0 Download Windows 7. Program kitar semula. Salah satu contoh karangan yg. Lynteck Nexus 8 User Manual on this page. Amalan berjimat cermat Artikel Bahasa Melayu Catatan Perjalanan faedah bersukan karangan.

Hal ini dikatakan demikian kerana proses kitar semula mengurangkan pembukaan tapak pelupusan sampah yang baharu.Sebagai buktinya penduduk Bandaraya Kuala Lumpur membuang sampah sebanyak 30,000 tan sehari. Memandangkan empat puluh peratus sampah berkenaan boleh dikitar semula maka kadar pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. Tanpa kitar semula Pihak berkuasa Tempatan terpaksa membuka tapak pelupusan sampah yang baharu dan mengakibatkan wujud lagi satu kawasan pencemaran. Jelasnya, masalah pencemaran alam sekitar mampu diatasi dengan melibatkan seluruh masyarakat dalam program kitar semula. Kesimpulannya,kitar semula mestilah diteruskan dengan pelbagai pendekatan dan kempen. Kempen Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik 2010 dan Hari Kitar Semula 11 November setiap tahun diharapkan mendapat sokongan masyarakat.

Masyarakat wajar didedahkan bahawa kitar semula telah bermula pada tahun 1813 kerana dunia telah kehabisan sumber bahan mentah,apatah lagi pada tahun 2014.Tanpa kitar semula Bandaraya Kuala Lumpur akan tenggelam di dalam sampah sarap dalam masa sehari. Oleh itu, Kempen Fikir Dahulu Sebelum Buang mestilah diamalkan agar kebersihan alam terus terpelihara.